Tuesday 22 May 2012

SMKKT Terima Anugerah Pengurusan eBOOK Terbaik


SMK Kuala Telemong telah menerima anugerah Pengurusan eBOOK Terbaik bagi kategori sekolah menengah. Anugerah ini diterima sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012.Semoga SMKKT akan terus cemerlang pada masa akan datang.  
 
 

Monday 14 May 2012

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Dun Telemong


Pada 14 Mei 2012 bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, satu majlis penyerahan netbook 1 Malaysia bagi kawasan DUN Telemong telah diadakan. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Kuala Telemong, SMK Tun Indera, SMK Kuala Jenderis, SMK Matang dan SMK Jenagor. Seramai 151 orang pelajar dari SMK Kuala Telemong telah menerima netbook dalam majlis tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Nor Othman.



Saturday 28 April 2012

Bengkel Photoshop & Pertandingan Mencipta Poster


Pada 28 April 2012 (Sabtu), seramai 5 orang pelajar tingkatan enam atas telah menghadiri bengkel Adobe Photoshop dan pertandingan mencipta poster menggunakan Adobe Photoshop sempena sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2012 peringkat Hulu Terengganu

Thursday 15 March 2012

Welcome to ICT's Corner

Salam Sejahtera..blog ict ini dibina untuk memudahkan semua guru dan pelajar mencari ilmu, berkongsi maklumat serta mendapat pelbagai informasi berkaitan dengan ICT dan Teknologi..Semoga dengan terbinanya blog ini, dapat memudahkan kerja semua pihak..Sekian Terima Kasih..Selamat datang diucapkan...